Thursday, April 14, 2011

" Jika bukan kerana bertanya, pasti ilmu akan lenyap"
( Riwayat Imam Darumi)



Dunia hari ini membayangkan betapa profesion perguruan semakin hari semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca daripada para guru itu sendiri yang tidak menyiapkan diri dengan akhlak seorang guru yang mulia seperti mana yang diajarkan oleh Rasullah. Bab kata pepatah, " Nila setitik, rosak susu sebelanga." Justeru kita warga pendidik yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengajar dan mentarbiah anak bangsa haruslah menyediakan jiwa yang besar agar kental dan tahan dengan dunia yang penuh cabaran ini... Dunia PENDIDIKAN!!!

"Apakah kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan sedangkan kamu lupa ke atas dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab(Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"

(al-Baqarah:44)






Justeru, para guru yang dimuliakan Allah s.w.t., perdagangan kita tidak berhenti setakat segulung ijazah atau pangkat Dr... sahaja namun jauh lebih dari itu... Usah kata guru yang menabur keringat dan jasanya di desa yang terpencil demi mendidik anak bangsa adalah sia-sia di dunia, mungkin dialah guru yang mulia di akhirat nanti. Marilah kita bersama-sama membetulkan hati yang seringkali menjerit dan meronta - ronta untuk dilepaskan dalam kenikmatan dunia yang sementara agar kita terjamin di sini dan jua di sana. Amin....



Dulu orang kata, guru adalah pilihan kerja yang terakhir tapi kini semua berbondong-bondong untuk daftar menjadi seorang " CIKGU". Jadi pilihlah laluan yang menjamin " kerjaya" mu kelak di dunia dan di akhirat.







Wednesday, April 13, 2011

PRO FORMA BMM3105

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Hasil Pembelajaran


1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tajuk kursus:


Tajuk
Kandungan
Jam
Catatan
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
6



Modul
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6


Amali
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
6

Modul
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
6


Amali
5
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
6






Modul dan Amali
6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
6


Modul
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.
6



Amali
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
6


Amali

9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
6


Modul
10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
§  Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
§  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
§  Membina bahan video dan audio
§  Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
6




Modul dan Amali
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
6


Amali
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
6



Modul
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
6



Amali
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6



Amali
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran
6

Amali

JUMLAH

90

 Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

Lokman Abd Wahid
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur


Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:


Arahan umum kepada pelajar.

1.    Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg>
2.    Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2, sehinggalah ke tajuk 15.
3.    Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.
4.    Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali satu semester.
5.    Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.



Tajuk 1


Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


1.1        Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2        Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran         bahasa Melayu.
1.3        Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


1.1       Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej

1.1.1    Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.  Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.  Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:



Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.  Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.  Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.  Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.  Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.  Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan


Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.  Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.  Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.  Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2        Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran         bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.  Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan 
seperti yang berikut    

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.  Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “  “ seperti “resepi masakan”.  Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.  Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.


1.3       Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet.  Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1    Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.  Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.  Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.  Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. 

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi.  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.  Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.


Alamat Internet.

Wajik

Karipap

Menambah Nilai Buku

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu

Memperkasa Pantun Melayu
   

Bergaya Dengan Teknologi Nano

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

Pantun Melayu

1.3.2    Katalog Alamat Internet.

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk



URL



Sinopsis




Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.  Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu

URL

Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.


Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.


Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai  kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.


Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL

Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

Tajuk
Pakaian Tradisional
URL

Sinopsis
Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia


Tajuk
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan  pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Pusat Perkembangan Kurikulum
URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Ayat Inti
URL

Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.



Tugas pelajar:

  1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet.
  2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
  3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
  4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.


Selamat belajar.

Sumber Rujukan:




Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Berikut merupakan contoh Rancangan pengajaran Harian bagi Subjek Bahasa Melayu Tahun 5.




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN         : BAHASA MELAYU
TAHUN                               : 5 CERDIK
BIL. MURID                        : 28 ORANG
TEMA                                  : KEBUDAYAAN
TARIKH                              : 18 FEBRUARI 2011
MASA                                 : 8.30 PAGI – 9.30 PAGI
OBJEKTIF                          : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
                                             i. Menyebut tiga jenis bunga yang terdapat di Malaysia
                                             ii.Membaca petikan “ Bunga Raya Bunga Kebangsaan”  
                                              dengan intonasi dan gaya yang betul.
                                             iii. Menulis satu perenggan karangan bertajuk
                                             “ Negaraku Malaysia”

KEMAHIRAN BAHASA   :Mendengar, Bertutur, Lisan
ILMU                                  : Kajian Tempatan, Sains
NILAI                                 : Menghargai alam sekitar, semangat patriotik

KEMAHIRAN MENILAI TAMBAH (KBT) 
KEMAHIRAN BELAJAR             
KEMAHIRAN BERFIKIR            
KECERDASAN PELBAGAI
PENGETAHUAN SEDIA ADA   : Murid telah Mengetahui bunga raya sebagai bunga kebangsaan 
                                                       Negara kita.

BAHAN BANTU MENGAJAR     : Teks Bunga raya bunga kebangsaan, video jenis – jenis bunga yang 
                                                        terdapat di Malaysia




LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

(5 MINIT)

1. Gambaran awal mengenai tajuk pembelajaran “jenis – Jenis bunga di malaysia”

1. Guru menayangkan video jenis – jenis bunga yang terdapat di Malaysia

2. Guru bersoal jawab bersama murid tentang jenis bunga dengan memadankan gambar bunga dengan perkataan menggunakan powerpoint yang telah disediakan oleh guru.

3. Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.

KB
menghubungkan dan mencirikan

BCB
mendengar aktif

BBM
video, LCD, komputer.

BB

ILMU: PSV,Sivik, Kajian tempatan, sains

(10 MINIT)

Murid membaca teks “ Bunga Raya Bunga Kebangsaan” menggunakan intonasi, jeda dan nada yang sesuai .

1. Guru memaparkan dan mengedar teks “Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan “
2. Guru membacakan teks diikuti murid-murid dengan menggunakan kaedah bacaan yang betul.
3. Guru meminta 5 orang murid membacakan teks mengikut rangkap dengan kaedah pembacaan yang betul.


(10 MINIT)

Mengenal 15 Kata Nama yang terdapat dalam teks “Bunga Raya Bunga Kebangsaan”


1. Murid menyenaraikan dan menyebut 15 kata nama yang terdapat dalam teks.


( 30 MINIT)

Menulis karangan pendek tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Guru memberi
soalan karangan bertajuk “Negaraku Malaysia”



1. Guru melaksanakan aktiviti sumbang saran bersama murid selama lima minit tentang isi karangan “ Negaraku Malaysia”

2. Murid menulis karangan berpandukan isi yang telah dibincangkan bersama guru.


(5 MINIT)

1. Guru membuat rumusan isi pelajaran.

2. Nilai-nilai murni:
- Cinta akan Negara
-Sayangi warisan kita
- Kerjasama
-Patriotik

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.
2. Guru merumuskan pembelajaran pada sesi pembelajaran hari ini.
3. Guru memberikan pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha meningkatkan kemahiran membaca.
4. Guru menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam pembelajaran.



PERHATIAN!!!

Anda mungkin meminati TAPAK PEMBELAJARAN. Sila klik pada URL dibawah.

http://www.4shared.com/get/KfcA7jOw/BMM3105_M6__Shahira_.html