Monday, April 11, 2011

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

TAJUK: JENIS – JENIS ENJIN PENCARIAN

Monday, March 22, 2010
JENIS-JENIS ENJIN CARIAN

Enjin carian ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu mendapatkan maklumat dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan.. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.

Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Sepuluh tapak web yang paling popular awal Julai ini menurut NetRatings, sebuah syarikat penyelidikan pengguna web adalah Yahoo!, AOL, Microsoft, MSN, GeoCities, Netscape, Excite, Tripod, Infoosek dan Disney. Menunjukkan tapak web direktori Internet terus menguasai senarai.

Sumber Rujukan






CONTOH ENJIN PENCARIAN
1. www.altavista.com
Pengguna boleh mencari halaman web, artikel perbincangan dalam USENET, syarikat perniagaan, alamat e-mail, alamat rumah seseorang dan sebagainya. Menawarkan 2 jenis pencarian iaitu pencarian mudah (simple search) dan pencarian advans (advance search). Hasil pencarian boleh diterjemah kepada 3 bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman.



2. www.msn.com
Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.


3. www.hotbot.com
Antar enjin carian yang tertua dan diperkenalkan pada tahun 1996.



4. www.lycos.com
Diwujudkan dua tahun lebih awal daripada Hotbot.



5. www.holyquran.net
Menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian Al-Quran secara umum. Contohnya pencarian teks Al-Quran, mencari perkataan dalam Al-Quran, buku-buku tafsir dan maklumat mengenai Al-Quran dan Sains.


6. www.alroqia.com/, www.islam.saudihit.com/, www.altatar.com
Dilaman web ini pengguna boleh mengetahui pelbagai cara mengubati penyakit seperti sakit terkena sihir atau gangguan makhluk halus dan sebagainya. Kaedah perubatan yang ditunjukkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.



7. www.cari.com.my
Merupakan salah satu enjin carian tempatan terawal dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia menyimpan alamat laman web tempatan bagi memudahkan pencarian tempatan. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.



8. www.yellowpages.com.my
Buku panduan telefon melalui internet seperti Yellow Pages yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi TM. Pautan lain yang disediakan adalah catalog mengikut kategori, peta, whitepages, mobile pages, kelab yellow dan pengiklanan.




9. www.jobsmalaysia.gov.my
JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.






SUMBER RUJUKAN
Khairul Anuar Mohamad. 2008. Internet Untuk Semua. Venton Publishing, Selangor.

Khairil Nizam b. Zainal Badri. 2006. Menggali ilmu di internet menggunakan enjin carian. Venton Publishing, Selangor.

Dr. Abd Rauf Dato’ Haji Hassan Azhari at al. 2007. Pencarian Laman Web Pengajian Al-Quran Melaui Internet. Venton Publishing, Selangor.






TUGASAN KE-2

Berikut merupakan contoh carian maklumat menggunakna enjin – enjin pencarian yang ada dalam internet.

Contoh 1

            TUJUAN ANDA MENGARANG

1.       Menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2.       Menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat    pembaca.
3.       Menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4.       Menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS

 Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk       atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
  
A. Pengenalan
            Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Sumber Rujukan 

 

Contoh 2

Tulisan Jawi




Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.


Sumber Rujukan 


http://www.altavista.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Contoh 3
18/01/2006
Kata-Kata Pujangga
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ~Pujangga

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~

Sumber Rujukan



Contoh 4

Gading dan perak gubahan ternama
Pucuk rebung penghiasnya pula
Helaian sirih tersisip sedia
Di dalam puan sedia tersua

Tuah dan Jebat bersirih malam
Sepah dibuang di dalam kolam
Bekas sirih bermacam ragam
Bak piring, cawan pastinya logam

Sumber Rujukan




Contoh 5

The first part of a free Malay idiom dictionary in alphabetical order. To search a word quickly, click "Edit" on your browser and click "find in this page". Or, use the search box.
Abang ipar Older brother-in-law
Kakak berkahwin dengan abang ipar saya selama dua tahun.
Sister has been married to my brother-in-law for two years.

Abang kandung Kandung is the womb, the older brother who shares the same womb is one's fleshly brother.
Ibu melahirkan Amin dan abang kandungnya.
Mother gives birth to Amin and his own brother.

Abang tiri Step brother.
Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.
The son of dad's new wife becomes our step brother.




Sumber Rujukan