Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t. 

Sepintas lalu tentang coretan ini. Salam perkenalan buat rakan-rakan yang melawat ke ruangan ini, perkara utama yang ingin saya katakan adalah semua maklumat yang saya nyatakan dan kongsikan merupakan perkongsian daripada mereka yang menyumbang di dalam laman maya yang telah saya nyatakan sumber rujukannya. Sebarang pertanyaan atau persoalan bolehlah email kepada saya atau meninggalkan mesej dalam mana - mana ruangan dalam blog ini. Selamat belajar dan semoga ilmu yang saya kongsikan ini mendapat barakah dan membantu merka yang memerlukan maklumat.... 

Epilog Hatiku... 

Dalam kita meniti hidup yang penuh ranjau duri ini, ku fikir ada perkara yang perlu kita tinjau dan jengah semula di sebalik lembaran - lembaran hidup yang berlalu. persoalan demi persoalan wajar kita timbulkan untuk mendapatkan suatu kepastian bahawa kejayaan yang berada di puncak sebenar bukanlah semata- mata apa yang kita lalui dan kita kecapi saat ini atau kita rancang untuk 10 tahun akan datang namun lebih dari itu...
Terkadang aku bermonolog sendiri tentang apa yang aku cari dan apa yang aku sibuk - sibukkan ini.. Buang masakah? Yang pasti ku cari, saat ini apa yang termampu ku luang dan ku kongsi buat mereka yang memerlukan. 

Mari kita bersama-sama menyampaikan walau apa yang kita tahu semoga ia dapat membangunkan generasi kearah pembangunan pendidikan.


Antara isi kandungan yang ada dalam blog ini (*_*)

  • Pro Forma
    • Pengenalan pengajaran dan pembelajarn bahasa melayu berbantukan komputer ( Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language) daripada cikgu sabihi


  • Isi Kandungan 
    • tajuk 1
    • tajuk 2
    • tajuk 3
    • tajuk 4
    • contoh rancangan pengajaran harian