RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Berikut merupakan contoh Rancangan pengajaran Harian bagi Subjek Bahasa Melayu Tahun 5.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAHUN : 5 CERDIK
BIL. MURID : 28 ORANG
TEMA : KEBUDAYAAN
TARIKH : 18 FEBRUARI 2011
MASA : 8.30 PAGI – 9.30 PAGI
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Menyebut tiga jenis bunga yang terdapat di Malaysia
ii.Membaca petikan “ Bunga Raya Bunga Kebangsaan”
dengan intonasi dan gaya yang betul.
iii. Menulis satu perenggan karangan bertajuk
“ Negaraku Malaysia”
KEMAHIRAN BAHASA :Mendengar, Bertutur, Lisan
ILMU : Kajian Tempatan, Sains
NILAI : Menghargai alam sekitar, semangat patriotik
KEMAHIRAN MENILAI TAMBAH (KBT)
KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN BERFIKIR
KECERDASAN PELBAGAI
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid telah Mengetahui bunga raya sebagai bunga kebangsaan
Negara kita.
BAHAN BANTU MENGAJAR : Teks Bunga raya bunga kebangsaan, video jenis – jenis bunga yang
terdapat di Malaysia
LANGKAH/MASA | ISI PELAJARAN | AKTIVITI | CATATAN |
(5 MINIT) | 1. Gambaran awal mengenai tajuk pembelajaran “jenis – Jenis bunga di malaysia” | 1. Guru menayangkan video jenis – jenis bunga yang terdapat di Malaysia 2. Guru bersoal jawab bersama murid tentang jenis bunga dengan memadankan gambar bunga dengan perkataan menggunakan powerpoint yang telah disediakan oleh guru. 3. Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. | KB menghubungkan dan mencirikan BCB mendengar aktif BBM video, LCD, komputer. BB ILMU: PSV,Sivik, Kajian tempatan, sains |
(10 MINIT) | Murid membaca teks “ Bunga Raya Bunga Kebangsaan” menggunakan intonasi, jeda dan nada yang sesuai . | 1. Guru memaparkan dan mengedar teks “Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan “ 2. Guru membacakan teks diikuti murid-murid dengan menggunakan kaedah bacaan yang betul. 3. Guru meminta 5 orang murid membacakan teks mengikut rangkap dengan kaedah pembacaan yang betul. | |
(10 MINIT) | Mengenal 15 Kata Nama yang terdapat dalam teks “Bunga Raya Bunga Kebangsaan” | 1. Murid menyenaraikan dan menyebut 15 kata nama yang terdapat dalam teks. | |
( 30 MINIT) | Menulis karangan pendek tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Guru memberi soalan karangan bertajuk “Negaraku Malaysia” “ | 1. Guru melaksanakan aktiviti sumbang saran bersama murid selama lima minit tentang isi karangan “ Negaraku Malaysia” 2. Murid menulis karangan berpandukan isi yang telah dibincangkan bersama guru. | |
(5 MINIT) | 1. Guru membuat rumusan isi pelajaran. 2. Nilai-nilai murni: - Cinta akan Negara -Sayangi warisan kita - Kerjasama -Patriotik | 1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari. 2. Guru merumuskan pembelajaran pada sesi pembelajaran hari ini. 3. Guru memberikan pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha meningkatkan kemahiran membaca. 4. Guru menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam pembelajaran. |
PERHATIAN!!!
Anda mungkin meminati TAPAK PEMBELAJARAN. Sila klik pada URL dibawah.
No comments:
Post a Comment