Topik 2


Mengumpul dan Mengkategorikan Bahan Audio, Video, Grafik dan Teks


1.BAHAN AUDIO

Bahan audio dapat digunakan sebagai bahan rangsangan untuk memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antaranya dengan menggunakan bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Tujuannya adalan untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih menarik dan berkesan.



2.BAHAN GRAFIK


Penggunaan grafik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menarik dan melancarkan rancangan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan beberapa perisian grafik yang mudah, guru dapat menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid – muridnya didalam bilik darjah.

Contoh 1:

Penggunaan perisian power point dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan. Guru dapat membina sendiri set induksi yang diingini mengikut keperluan dan tahap kefahaman murid – muridnya. Perisian ini bagus digunakan bagi mengguji kemahiran lisan.




Contoh 2:

Perisian publisher merupakan perisian yang sesuai untuk membuat projek atau latihan penggayaan namun kurang sesuai digunakan oleh murid kerana perisian ini memerlukan kemahiran penerokaan yang luas dan mengambil masa yang panjang. Namun guru dapat menggunkannya bagi menghasikan bahan pengajaran yang berbentuk ilmiah seperti poster, kad ucapan, kulit buku dan lain – lain. justeru ia dapat menjadi sumber pengajaran dan pembeljaran tambahan selain buku teks.




Contoh 3

Perisian Paint atau mewarna merupakan perisian yang sesuai digunakan untuk melatih motor halus murid – murid selain membantu mereka yang mengalami masalah pengamatan melalui warna.



                                             


Contoh 4

Perisian excel jarang digunakan oleh guru – guru di sekolah terutama guru bahasa namun perisian ini masih boleh digunakan dengan menggabungkan mata pelajaran Matematik ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru dapat menggunkan perisian ini untuk melatih kemahiran menulis murid dengan mengubahsuai kegunaannya dalam bidang mengarang/karangan.



Contoh 5

Perisian Smartart boleh dijumpai dalam perisian Microsoft Words. Fungsi Smartart ialah untuk mengurangkan penggunaan perkataan selain memudahkan kefahaman murid sewaktu membaca paparan yang ditunjukan oleh guru.


Contoh 6


Selain itu, untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif guru dapat menggunakan kemudahan Clipart atau Animation Cartoon untuk menarik minat murid supaya tidak mudah bosan.





Contoh 7

Menggunakan TextBox yang berwarna dan berbagai bentuk dapat memudahkan pembacaan dan penerimaan ilmu dalam kalangan murid dengan lebih  teratur dan berkesan. Guru dapat menggunakan kemudahan ini sewaktu memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kemahiran menulis mereka mengikut tahap dan kesesuaian IQ murid tersebut.






Contoh - contoh Gambar Grafik yang boleh digunakan guru sewaktu sesi set induksi bagi menjadikan rancangan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih MENARIK!!











PERHATIAN!!!

Anda mungkin meminati link ini. Sila klik di bawah.



3.BAHAN TEKS

Teks merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Justeru pemilihan teks yang menarik dan mudah perkataannya penting mengikut aras dan kemampuan kognitif mereka. 

Contoh Teks:


Cerita Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya.
 Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.
Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya.
Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.........

 Diceritakan semula oleh:
Muhammad Haiqal Bin Mohd Halim
1 Gigabait (2008)
              






CERITA KANAK-KANAK
Tahun: Tahap 2.
 (Tema: Karangan Bibliografi )


Si Buah Cempedak
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanak-kanak kecil
sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru berbuah, habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk.
“Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu
manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu menyebut namaku.” kata si cempedak seorang diri.
Lalu secara tiba-tiba, dia disapa seekor semut.
“Mengapa dengan kau ni? Ko mengeluh atau kau memintanya?”
Jawab si cempedak “sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku.”
“Mengapa perlu begitu? balas si semut.
“Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah yang ada pada pandangan manusia” kata si cempedak itu lagi.
Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala.
“Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh manusia sahaja.” sambung si cempedak.
“Kau tak berhak untuk berkata begitu” si semut menyampuk.
Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut.
“Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang menentukan siapa yang layak memakan aku”
Si semut semakin menghampiri si cempedak.
“Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak untuk memakanmu” si semut cuba untuk menasihati cempedak. Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi..........


SUMBER RUJUKAN

Ditulis oleh Asiamind
Friday, 12 September 2008 11:49




Dua Orang Pengembara dan Seekor Beruang


Dua orang berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang tebal. Tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak-semak berhampiran dengan mereka.
Salah seorang pengembara, hanya memikirkan keselamatannya dan tidak menghiraukan sahabatnya yang lainnya. Dia memanjat sebuah pokok yang berada dekat dengannya. Sahabatnya pula, berasa tidak mampu berlawan dengan beruang yang sangat besar itu sendirian. Dia berpura – pura menidurkan dirinya  di tengah  tanah , seolah-olah dia telah meninggal. Dia sering mendengar bahawa beruang tidak akan menyentuh haiwan atau orang yang telah meninggal.
Sabahabatnya  yang berada atas pohon tidak berbuat apa-apa untuk menolong  pengembara yang berbaring di tanah itu. Entah hal ini benar atau tidak, beruang itu mengendus-endus di kepalanya, dan kelihatannya puas bahwa korbannya telah meninggal. Lalu beruang tersebut pun berjalan pergi.
Pengembara yang berada di atas pohon kemudian turun dari persembunyiannya.
"Kelihatannya seolah-olah beruang itu membisikkan sesuatu di telingamu," katanya. "Apa yang di katakan oleh beruang itu"
"Beruang itu berkata," kata pengembara yang berbaring tadi, "Tidak bijaksana berjalan bersama-sama dan berteman dengan seseorang yang membiarkan dan tidak menghiraukan temannya yang berada dalam bahaya."

Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan.


Sumber Rujukan:






4.BAHAN VIDEO


Pengenalan
           
            Video merupakan antara bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik minat serta tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah.

            Kegunaan video ialah menjadi set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk pembelajaran atau bahan rangsangan untuk percambahan idea ketika mengarang karangan ataupun bahan bacaan elektronik yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran – lembaran kerja.

            Penggunaan video akan menjadi menarik dan berkesan jika disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Panduan penggunaan video – video pilihan:

1.    Video boleh digunakan sebagai pembuka sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membina pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi p&p bermula.
2.    Video juga dapat diguna pakai untuk membina kemahiran lisan murid dengan menayangkan cerita pendek yang mudah difahami oleh murid.
3.    Selain itu, menggunakan video untuk menguji kemahiran membaca murid dengan memasukkan seni kata yang boleh diujar oleh murid – murid.
4.    Menggunakan kaedah ayat bercantum atau membina ayat ataupun mengisi tempat kosong dengan memaparkan jawapan ataupun teks melalui video yang dapat dirujuk dan di tontoni oleh murid.
5.    Video juga boleh menjadi bahan rangsangan tambahan dengan melaksanakan aktiviti permainan seperti lakonan semula babak atau dialog seperti dalam video yang ditayangkan.
6.    Akhir sekali, guru dapat menggunakan video sebagai bahan penutup sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai hadiah dan pujian kepada murid setelah berjaya menamatkan sesi p&p dengan berkesan. 


Contoh Video:


     1.  


                  


                 2. 

 
             





                3. 
              


                    4.    

                    











MENGUMPUL BAHAN DARIPADA INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA





Contoh 1: KEMAHIRAN BERTUTUR


LATIHAN BERTUTUR

LAKONKAN KEMBALI WATAK DI DALAM VIDEO BINTANG KECILKU

Penerangan

Langkah pertama : Guru menayangkan video menggunakan LCD. Setelah itu,                        guru bersoal jawab dengan murid tentang isi video yang telah ditayangkan.

( rujuk video)







Langkah dua:          Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil                              dan meminta mereka melakonkan kembali adegan – adegan yang terkandung dalam video tersebut.

Langkah tiga:          Setelah sepuluh minit, guru meminta setiap kumpulan                                  mempersembahkan lakonan masing – masing di hadapan kelas.

Langkah empat:     Guru menerangkan nilai – nilai murni yang terkandung                                 dalam lakonan yang dipersembahkan oleh murid- murid.                 
            
Antara nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan tersebut ialah:

                                    1. Jalinkan persahabatan
                                    2. tolong – menolong

Langkah lima:       Guru menutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pujian 
                                 ke atas  lakonan anak didiknya.


            Kemahiran bertutur diselitkan sewaktu guru meminta murid melakonkan kembali babak dalam video yang telah ditayangkan di hadapan kelas. Semua murid berkomunikasi dan menyampaikan maksud kata antara satu sama lain. Kesimpulannya, teknik lakonan antara teknik pembelajaran yang sesuai dilaksanakan bagi kemahiran bertutur.



Rujukan video:







Contoh 2KEMAHIRAN MENDENGAR 

Rujuk video:

  



Contoh Penerangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar.


Tajuk                                      : Mengenal sayur – sayuran

Tahap                                     : Tahun 3

Alat bantu mengajar             : Video (LCD) dan lembaran kerja 


Proses pengajaran dan pembelajaran:

Langkah pertama, guru membahagikan murid kepada empat kumpulan besar sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menayangkan video mengenal sayur-sayuran menggunakan LCD kepada murid- murid. Kemudian guru menyoal murid – murid tentang nama sayur – sayuran serta kepentingan memakan sayur – sayuran terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Setelah itu guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid untuk diisi nama sayur – sayuran berdasarkan video yang telah ditayangkan. Penggabungjalinan kemahiran yang terlibat ialah kemahiran mendengar, bertutur dan kemahiran menulis.

Perhatian!!!

Sila rujuk link dibawah bagi mendapatka contoh lembaran kerja yang telah disediakan oleh saya. 




Contoh 3 :KEMAHIRAN MEMBACA




KEMAHIRAN MEMBACA
TAHUN 3

Tajuk: Kata Nama dan Kata Kerja

Proses pengajaran dan pembelajaran:

Langkah 1:    Guru mengedarkan lirik lagu “ Menanam Jagung” kepada murid                  –murid.  





Langkah 2:    Guru membaca lirik lagu dengan kuat dan diikuti oleh murid –                     murid.
Langkah 3:    Guru menayangkan video lagu “Menanam Jagung”                                        menggunakan LCD.
Langkah 4:    Guru meminta semua murid menyanyikan lagu mengikut rentak                 dengan betul.
Langkah 5:    Guru meminta murid menyebut kata nama dan kata kerja yang                    terdapat dalam lirik lagu tersebut secara lisan.

Rujukan video:





Contoh 4: KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MENULIS

AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS MENGGUNAKAN VIDEO

TAHUN 6

Tahap 1
Guru hendaklah memastikan tahap kemahiran menulis yang dikuasai oleh murid- murid berpandukan sukatan pelajaran tahap satu sekolah rendah. Kemudian menyediakan bahan – bahan dan alat – alat yang sesuai mengikut topik yang ingin disampaikan.

Contoh:
Tajuk                              :Mengenal huruf
Peringkat                       :Tahap satu pemulihan
Alat bantu mengajar    :Video nyanyian lagu ABC dan kad manila

Guru hendaklah menayangkan video nyanyian lagu ABC untuk menarik minat murid serta gambaran awal tentang topik p&p pada hari tersebut, kemudian mengajar beberapa huruf secara ansur maju melibat beberapa penggabungjalinan kemahiran yang ada, agar proses p&p lebih berkesan dan menyeluruh.
Contoh:
a) Penggabungjalinan kemahiran bagi kemahiran menulis huruf – huruf A ,B ,C
b) Mewarna huruf – huruf tersebut.
Secara tidak langsung, guru telah menggabungkan kemahiran bahasa iaitu menulis  dan  kemahiran mewarna dalam seni visual dalam p&p –nya.
Setelah murid menguasai huruf yang diajar, guru bolehlah mengajarkan huruf – huruf lain sehingga A-Z.



*Video yang diselitkan adalah contoh bagi proses p&p yang dijalankan di dalam kelas murid pemulihan.
Teknik yang dilakukan guru tersebut boleh dicontohi dan p&p nya sangat menarik sesuai untuk murid – murid pemulihan.



Link dibawah merupakan contoh bagi kemahiran menulis yang telah saya sediakan. 


Rujukan video:

PERHATIAN!!! 



PENERANGAN

            Untuk melaksanakan kemahiran menulis ,guru boleh menggunakan contoh gambar atau karangan diatas untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya murid lemah dan tidak mampu mengarang guru boleh memberi karangan pendek kepada murid supaya mereka dapat menyalin semula perkataan yang diberi. Untuk menjadikan p&p menarik, guru boleh mewarna kata kerja atau kata nama atau peribahasa atau sebarang perkataan mengikut topik pembelajaran pada hari tersebut dan menyuruh murid menyalin semula perkataan – perkataan yang diwarna berdasarkan teks yang telah diberikan. Dengan ini murid akan menguasai kemahiran menulis dengan cepat disamping menajamkan kemahiran membaca mereka.

*karangan berpandu seperti di atas merupakan contok karangan yang telah diambil dari laman sengsawang.

 

No comments:

Post a Comment