Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk | Kandungan | Jam | Catatan |
1 | Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
2 | Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
3 | Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
| 6 | Modul |
4 | Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
5 | Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul dan Amali |
6 | Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
7 | Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
8 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
| 6 | Amali |
9 | Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
| 6 | Modul |
10 | Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu § Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa § Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio § Membina bahan video dan audio § Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca. | 6 | Modul dan Amali |
11 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
| 6 | Amali |
12 | Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
13 | Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
14 | Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
15 | Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
| 6 | Amali |
JUMLAH | 90 |
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:
Lokman Abd Wahid
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:
Arahan umum kepada pelajar.
1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg>
2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2, sehinggalah ke tajuk 15.
3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.
4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali satu semester.
5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.
Tajuk 1 | Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu |
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan
seperti yang berikut
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Alamat Internet.
Wajik
Karipap
Menambah Nilai Buku
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
Memperkasa Pantun Melayu
Bergaya Dengan Teknologi Nano
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
Pantun Melayu
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk | |
URL | |
Sinopsis |
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Katalog Alamat Internet
Tajuk | Peribahasa Melayu |
URL | |
Sinopsis | Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa. |
Tajuk | Seni Tenun Melayu |
URL | |
Sinopsis | Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara. |
Tajuk | Tatabahasa : Kata Nama |
URL | |
Sinopsis | Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama. |
Tajuk | Tatabahasa : Penjodoh Bilangan |
URL | |
Sinopsis | Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya. |
Tajuk | Pakaian Tradisional |
URL | |
Sinopsis | Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia |
Tajuk | Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah |
URL | |
Sinopsis | Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. |
Tajuk | Pusat Perkembangan Kurikulum |
URL | |
Sinopsis | Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. |
Tajuk | Ayat Inti |
URL | |
Sinopsis | Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul. |
Tugas pelajar:
- Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet.
- Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
- Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
- Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.
Selamat belajar.