Contoh 1: KEMAHIRAN BERTUTUR
LATIHAN BERTUTUR
LAKONKAN KEMBALI WATAK DI DALAM VIDEO BINTANG KECILKU
Penerangan
Langkah pertama : Guru menayangkan video menggunakan LCD. Setelah itu, guru bersoal jawab dengan murid tentang isi video yang telah ditayangkan.
( rujuk video)
( rujuk video)
Langkah dua: Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil dan meminta mereka melakonkan kembali adegan – adegan yang terkandung dalam video tersebut.
Langkah tiga: Setelah sepuluh minit, guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan lakonan masing – masing di hadapan kelas.
Langkah empat: Guru menerangkan nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan yang dipersembahkan oleh murid- murid.
Antara nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan tersebut ialah:
Antara nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan tersebut ialah:
1. Jalinkan persahabatan
2. tolong – menolong
Langkah lima: Guru menutup sesi p&p dengan memberi pujian ke atas lakonan anak didiknya.
Kemahiran bertutur diselitkan sewaktu guru meminta murid melakonkan kembali babak dalam video yang telah ditayangkan di hadapan kelas. Semua murid berkomunikasi dan menyampaikan maksud kata antara satu sama lain. Kesimpulannya, teknik lakonan antara teknik pembelajaran yang sesuai dilaksanakan bagi kemahiran bertutur.
Rujukan video:
http://www.youtube.com/watch?v=OIJ7ES-X9U0&feature=related
PERHATIAN!!!
Contoh 2: KEMAHIRAN MENDENGAR
Rujuk video:
Contoh Penerangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar.
Tajuk : Mengenal sayur – sayuran
Tahap : Tahun 3
Alat bantu mengajar : Video (LCD) dan lembaran kerja
Proses pengajaran dan pembelajaran:
Langkah pertama, guru membahagikan murid kepada empat kumpulan besar sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menayangkan video mengenal sayur-sayuran menggunakan LCD kepada murid- murid. Kemudian guru menyoal murid – murid tentang nama sayur – sayuran serta kepentingan memakan sayur – sayuran terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Setelah itu guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid untuk diisi nama sayur – sayuran berdasarkan video yang telah ditayangkan. Penggabungjalinan kemahiran yang terlibat ialah kemahiran mendengar, bertutur dan kemahiran menulis.
Perhatian!!!
Sila rujuk link dibawah bagi mendapatka contoh lembaran kerja yang telah disediakan oleh saya.
http://www.slideshare.net/NAS90/lembaran-kerja-bm-kvk
Contoh 3 :KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN MEMBACA
TAHUN 3
Tajuk: Kata Nama dan Kata Kerja
Proses pengajaran dan pembelajaran:
Langkah 1: Guru mengedarkan lirik lagu “ Menanam Jagung” kepada murid –murid.
Langkah 2: Guru membaca lirik lagu dengan kuat dan diikuti oleh murid – murid.
Langkah 3: Guru menayangkan video lagu “Menanam Jagung” menggunakan LCD.
Langkah 4: Guru meminta semua murid menyanyikan lagu mengikut rentak dengan betul.
Langkah 5: Guru meminta murid menyebut kata nama dan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tersebut secara lisan.
Rujukan video:
http://www.youtube.com/watch?v=buWOWzi5Igw&feature=related
Link dibawah merupakan contoh bagi kemahiran menulis yang telah saya sediakan.
Contoh 4: KEMAHIRAN MENULIS
KEMAHIRAN MENULIS
AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS MENGGUNAKAN VIDEO
TAHUN 6
Tahap 1
Guru hendaklah memastikan tahap kemahiran menulis yang dikuasai oleh murid- murid berpandukan sukatan pelajaran tahap satu sekolah rendah. Kemudian menyediakan bahan – bahan dan alat – alat yang sesuai mengikut topik yang ingin disampaikan.
Contoh:
Tajuk p&p :Mengenal huruf
Peringkat :Tahap satu pemulihan
Alat bantu mengajar :Video nyanyian lagu ABC dan kad manila
Guru hendaklah menayangkan video nyanyian lagu ABC untuk menarik minat murid serta gambaran awal tentang topik p&p pada hari tersebut, kemudian mengajar beberapa huruf secara ansur maju melibat beberapa penggabungjalinan kemahiran yang ada, agar proses p&p lebih berkesan dan menyeluruh.
Contoh:
a) Penggabungjalinan kemahiran bagi kemahiran menulis huruf – huruf A ,B ,C
b) Mewarna huruf – huruf tersebut.
Secara tidak langsung, guru telah menggabungkan kemahiran bahasa iaitu menulis dan kemahiran mewarna dalam seni visual dalam p&p –nya.
Setelah murid menguasai huruf yang diajar, guru bolehlah mengajarkan huruf – huruf lain sehingga A-Z.
*Video yang diselitkan adalah contoh bagi proses p&p yang dijalankan di dalam kelas murid pemulihan.
Teknik yang dilakukan guru tersebut boleh dicontohi dan p&p nya sangat menarik sesuai untuk murid – murid pemulihan.
Link dibawah merupakan contoh bagi kemahiran menulis yang telah saya sediakan.
Rujukan video:
PERHATIAN!!!
PENERANGAN
Untuk melaksanakan kemahiran menulis ,guru boleh menggunakan contoh gambar atau karangan diatas untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya murid lemah dan tidak mampu mengarang guru boleh memberi karangan pendek kepada murid supaya mereka dapat menyalin semula perkataan yang diberi. Untuk menjadikan p&p menarik, guru boleh mewarna kata kerja atau kata nama atau peribahasa atau sebarang perkataan mengikut topik pembelajaran pada hari tersebut dan menyuruh murid menyalin semula perkataan – perkataan yang diwarna berdasarkan teks yang telah diberikan. Dengan ini murid akan menguasai kemahiran menulis dengan cepat disamping menajamkan kemahiran membaca mereka.
*karangan berpandu seperti di atas merupakan contok karangan yang telah diambil dari laman sengsawang.
menarik....jika ini diaplikasikan.......jazakallah
ReplyDelete